Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Malaysia Optimis Dapat Putuskan Rantaian Covid-19 Dalam Sedikit Masa Lagi

PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) — Malaysia optimis dapat memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 dalam sedikit masa lagi susulan hasil keupayaan tinggi dalam mengesan penularan wabak tersebut serta tindakan program kesihatan yang mantap.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keupayaan pengesanan COVID-19 Malaysia kini berada pada kadar hampir 30,000 ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) sehari.

“Selain itu, Malaysia mempunyai 200,000 antigen rapid test kit dan hanya kurang 5,000 digunakan setakat ini,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta  mengulas mengenai faktor yang menyumbang kepada tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh lapan hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu.

Setakat hari ini, kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal  pada 115 kes iaitu pada kadar 1.4 peratus berbanding keseluruhan 7,762 kes.

Beliau berkata pada masa ini, hampir 95 peratus ujian COVID-19 dijalankan adalah negatif.

Selain itu, katanya, penggunaan katil COVID-19 di hospital sudah kurang iaitu pada kadar 15 peratus.

“Sekarang hanya sembilan pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital dengan hanya dua memerlukan bantuan pernafasan.

“Ini berbanding pada satu masa angka itu pernah mencecah lebih 100 pesakit,” tambah beliau.

Menurutnya, berdasarkan trend terkini beliau optimis Malaysia dapat memutuskan rantaian penularan wabak itu dalam sedikit masa lagi.

“ Apa yang penting ialah pelaksanaan enam strategi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu pemantauan, keupayaan di hospital dan kawalan sempadan.

“Tiga lagi strategi ialah melindungi warga emas, pastikan rakyat Malaysia patuh prosedur operasi standard dan pemerkasaan komuniti, katanya.

Pada  sidang media berkenaan, Dr Noor Hisham, turut merakamkan penghargaan kepada warga kesihatan awam KKM yang melaksanakan tugas mereka dengan baik.

— BERNAMA

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.