Siakap Keli

Polis Miami ‘Sertai’ Protes Aman, Turut Melutut Tanda Solidariti Untuk George Floyd

Kematian pemuda kulit hitam, George Floyd setelah ‘ditahan’ pihak polis dalam keadaan yang cukup menyeksakan adalah seolah-olah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sebahagian warga Amerika Syarikat.

Laungan ‘I can’t breath’ begitu memecahkan suasana di mana-mana kawasan tunjuk perasaan.

Jelas, warga Amerika Syarikat (US) sendiri membuat protes besar-besaran hampir di seluruh kerana kerana geram dan marah atas tindakan polis tersebut.

Seorang warga Twitter, Julia berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkan sebilangan besar orang awam dan pihak berkuasa berdiri melutut sebagai tanda solidariti buat George Floyd di sebuah lokasi awam di Miami, Amerika Syarikat (US).

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Jelas ciapan Julia, terdapat satu lagi ‘protes’ yang berlaku di Miami, di mana ‘protes’ kali ini berbeza dengan apa yang terjadi berbanding di tempat lain.

Jika di Minneapolis, berlakunya protes besar-besaran dalam keadaan begitu ganas, di sini pula lain protesnya.

Pihak polis bersama orang awam seolah-olah satu hati dalam meratapi kematian George.

Dalam pada itu, seorang netizen turut berkongsi satu tweet yang menampakkan kelibat pihak polis mengedarkan piza buat orang awam.

Meskipun isu ‘peperangan’ antara pihak berkuasa dengan orang awam masih panas (khususnya di Minnepolis), masih ada juga komuniti yang berasa aman dan tiada sengketa.

Kata Leyton, perkara inilah sepatutnya yang perlu berlaku.

“Saya harap penunjuk perasaan selepas ini sedar bahawa membakar harta benda (awam) dan menyakiti polis itu tidak dapat membantu apa-apa,”

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.