Siakap Keli

Roket Space X Berjaya Dilancarkan Ke Angkasa

Cape Canaveral, Florida — Space X membuka lembaran sejarah baharu penerbangan ke angkasa lepas di Amerika Syarikat.

Space X sebuah syarikat yang dimiliki oleh jutawan Amerika, Elon Musk berjaya memulakan misi pertama mereka dengan menghantar dua orang angkasawan NASA iaitu Bob Behnken dan Doug Hurley ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Roket Falcon 9 dan kapal angskasa Crew Dragon itu berlepas dari Pusat Angkasa Kennedey NASA di Florida pada jam 3:22 petang waktu tempatan.

Kapal angkasa ini adalah yang pertama dibina dan dikendalikan oleh syarikat swasta.

Ini merupakan percubaan kedua melancarkan roket Falcon 9 selepas prcubaan pertama pada hari Rabu lepas gagal kerana cuaca buruk di sekitar Florida dan lautan Atlantik.

“Ia luar biasa,” kata angkasawan NASA Bon Behnen selepas beberapa saat kapal angkasa sampai ke orbit.

Angkasawan NASA ini dijadualkan tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa pada pagi Ahad dan akan berada di angkasa selama beberapa bulan sebelum pulang ke bumi.

Space X yang telah ditubuhkan sejak 2002 telah melancarkan puluhan satelit dan kapal angkasa lepas sebelum melancarkan Falcon 9 yang membawa manusia ke angkasa.

Sebelum ini Amerika Syarikat menumpang kapal angkasa Rusia untuk menghantar angkasawan mereka ke angkasa lepas dengan membayar sebanyak $80 million untuk seorang. Dengan adanya Space X, NASA percaya perbelanjaan akan berkurang sehingga hanya $55 million untuk seorang angkasawan.

Sumber: Cnbc

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.