Siakap Keli

TERKINI: 57 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini & Tiada Kematian Untuk 9 Hari Berturut-turut

Terdapat 57 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah berjumlah 7,819 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,351 kes.

Daripada 47 kes ini, 43 kes melibatkan bukan warganegara dan hanya 4 kes melibatkan warganegara iaitu 2 kes di Negeri Sembilan dan masing-masing 1 kes di Selangor dan Melaka.

Dalam pada itu, tiada sebarang kematian terbaharu dilaporkan dan angka kes kematian kekal 115 kes. Manakala seramai 23 orang pesakit lagi sembuh dan discaj.

Ini menjadikan negara tiada pertambahan kes kematian buat sembilan hari berturut-turut.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'