Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: KKM Kesan Kluster Baharu Di Pangsapuri Cheras, 6 Rakyat Tempatan Disahkan Positif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat satu kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti di negara ini iaitu Kluster Pangsapuri Cheras.

Menerusi kenyataan ringkas di Twitter rasmi KKM, kluster tersebut adalah daripada penularan rakyat tempatan.

Setakat Isnin (1 Jun 2020), sebanyak enam individu telah dilaporkan positif jangkitan.

Namun, punca jangkitan masih berada dalam siasatan KKM.

Laporan lanjut menyusul.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.