Siakap Keli
Gambar: Mirror UK

(Video) Pantai Terkenal Di UK Ditutup Setelah 4 Orang Cedera Akibat Terjun Setinggi ‘200 Kaki’ Ke Dalam Laut

Dua pantai di United Kingdom dilaporkan telah ditutup selepas empat orang dilaporkan cedera akibat terjun dari tebing, lapor Mirror Uk.

Dorset Council  mengumumkan semalam bahawa pantai Durdle Door dan Lulworth Cove yang berdekatan ditutup sepanjang hari Ahad dan jalan raya juga akan disekat.

Tidak lama setelah pengumuman itu, pihak Dorset Council juga mengumumkan bahawa mereka harus menutup  jalan ke desa tepi pantai Bexington Barat setelah jumlah pengunjung yang berlebihan ke pantai.

Ia berlaku setelah orang ramai mula membanjiri pantai tersebut rentetan dari kejadian itu.

Memetik laporan Mirror UK, pihak berkuasa tempatan menutup kedua-dua pantai tersebut pada Sabtu lalu dan masih tidak dibuka pada Ahad semalam. Semua pengunjung juga dihalang dari berkunjung ke sana.

“Anda tidak boleh melawat pantai-pantai tersebut dan akan diarah untuk berpatah balik jika anda cuba juga untuk masuk. Kami akan melakukan tinjauan pada esok namun buat masa ini kami nasihatkan untuk anda hindari kawasan itu,” kata Dorset Council menerusi Twitter.

Dua kejadian berasingan telah berlaku di Durdle Door yang membawa kepada kerumunan orang ramai di situ.

Empat orang dilaporkan cedera dan tiga daripada mereka parah akibat terjun dari tebing itu.

Sumber: Mirror UK

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa