Siakap Keli
Gambar: Kuan Chee Heng

“Kami Akan Pinjamkan,” Uncle Kentang Tawar Katil Sakit, Sedia Pinjamkan Jika Tak Mampu Bayar

Dikenali dengan sikap pemurah, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sememangnya sentiasa bersedia untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Umum mengetahui bahawa telah banyak sumbangan yang telah diberikan oleh beliau termasuk memberi makan dan membantu menguruskan jenazah.

Menerusi kiriman terbaru di Facebook, beliau bersedia membantu meminjamkan katil sakit kepada sesiapa yang memerlukan.

Kami hanya yang kerdil dan bakal pulang… biar lah kami ada sikit peluang untuk indahkan kubur kami sebelum pulang… jika kamu perlu katil ini dan tak mampu bayar… kami akan pinjamkan…. kepada kamu … sila call 0182683999

 

Segala usaha yang dilakukannya mampu membantu golongan yang sangat memerlukan terutama yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Sumber: Kuan Chee Heng

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa