Siakap Keli

Kluster Pangsapuri Cheras Mungkin Berpunca Dari Aktiviti Kunjung-Mengunjung Sebelum & Pada Hari Raya – KKM

Kemunculan kluster baharu Covid-19 di Pangsapuri Cheras kemungkinan bear adalah disebabkan oleh aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes pertama dikesan hasil daripada saringan kesihatan pusat tahfiz oleh JAKIM dan KKM.

Namun, hasil ujian kes tersebut tidak berkaitan dengan Perhimpunan Seri Petaling.

Setkat ini, enam kes positif telah dikesan iaitu tiga adalah dari pangsapuri berkenaan dan tiga lagi dari luar pangsapuri. Kesemua mereka adalah ahli keluarga dan rakan kes pertama.

Jelas KKM, punca jangkitan masih berada dalam siasatan tetapi kemungkinan besar berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung sebelum dan pada Hari Raya.

Saringan telah dijalankan terhadap kontak rapat enam positif itu di mana 76 negatif dan 38 masih menunggu keputusan.

Laporan lanjut menyusul

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)