Tular satu video di laman facebook menunjukkan seorang lelaki sedang cuba untuk menghalau seekor monyet yang berada di luar kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera terkenal.
Lelaki berkenaan yang dipercayai pekerja restoran itu dilihat menghampiri kaunter tersebut dengan membawa botol penyembur. Tidak disangka, rupanya lelaki itu sedang cuba untuk menghalau monyet yang ‘bertenggek’ di kaunter tersebut.
Walaupun beberapa kali dilihat dia membuat semburan terhadap haiwan tersebut, nampaknya ia tidak berganjak dari situ. Malah, pekerja itu turut dikejar oleh haiwan tersebut namun mujurlah hanya sementara.
Individu yang dipercayai merakamkan insiden tersebut kedengaran tertawa melihat telatah pekerja itu dan haiwan tersebut.
“Jenis tak reti bahasa, itu pandu lalu, kalau nak ‘dine in’ tolong pergi kaunter di dalam”
Sumber: We are Malaysians