Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Malaysia Gesa Pembebasan Maduro, Sifatkan Penahanan Langgar Undang-undang Antarabangsa
Malaysia menggesa pembebasan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores susulan penahanan mereka dalam satu operasi ketenteraan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS).
Menerusi hantaran Anwar Ibrahim di Facebook, tindakan itu merupakan pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa serta penggunaan kekerasan yang tidak sah terhadap sebuah negara berdaulat.
Di samping itu, beliau turut menjelaskan penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan yang sedang memerintah melalui tindakan luar menetapkan satu duluan berbahaya dalam hubungan antarabangsa.
“Presiden Maduro dan isterinya mesti dibebaskan tanpa sebarang kelewatan yang tidak wajar
“Apapun alasannya, penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan yang sedang memerintah melalui campur tangan pihak luar menetapkan satu preseden berbahaya
“Ia melemahkan batasan asas terhadap penggunaan kuasa antara negara dan menggugat kerangka undang-undang yang menyokong keamanan antarabangsa,” kata beliau lagi.
Anwar menjelaskan bahawa rakyat Venezuela berhak menentukan masa depan politik mereka sendiri.
Menurutnya, sejarah menunjukkan perubahan kepimpinan secara tiba-tiba melalui campur tangan luar hanya membawa lebih banyak kemudaratan, terutamanya dalam negara yang sedang bergelut dengan kesusahan ekonomi dan ketegangan sosial yang mendalam.
“Malaysia memandang tinggi kepentingan menghormati undang-undang antarabangsa dan kedaulatan negara sebagai asas kepada hubungan aman antara negara,” kata Anwar.
Beliau juga menyeru pendekatan melalui dialog, penglibatan konstruktif sebagai jalan berkesan untuk melindungi rakyat dan membolehkan warga Venezuela mengejar aspirasi mereka tanpa mudarat.