Siakap Keli

Lepas Kes Puding Buih, Doktor Ini Ajar Cara Ketahui ‘Umur’ Telur Elak Keracunan Makanan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Telur adalah antara makanan yang paling senang untuk ditemui di mana-mana. Namun tahukah anda bahawa telur yang biasa kita makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan.

Namun begitu, telur juga mempunyai tarikh luput dan sekiranya kita termakan telur yang sudah melebihi tarikh luputnya akan memudaratkan kesihatan kita.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook Dr Azila Mohd Kasim yang perlu anda ketahui mengenai tahap kesegaran telur. Ikuti pengkongsiannya itu agar kita tidak termakan telur yang telah tamat tempoh.

Telur Puding Buih.

Semalam, berita telah melaporkan bahawa penggunaan TELUR TAMAT TEMPOH adalah punca utama 99 orang menghadapi kes keracunan makanan puding buih tempoh hari.

Teknik Ketahui Tahap Kesegaran Telur.

1. RENDAM TELUR DALAM AIR

Ini adalah teknik yang paling popular iaitu dengan merendam telur dalam semangkuk air sejuk dan lihat sama ada telur tadi tenggelam atau terapung.

Telur segar akan tenggelam di dasar manakala telur lama akan terapung di permukaan. Kenapa ini berlaku?
Ini kerana semakin lama usia telur itu, semakin banyak udara yang memasuki telur melalui liang-liang halus tadi dan menyebabkan telur semakin mudah untuk terapung.

2. LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR

Teknik ini memerlukan telur dipecahkan terlebih dahulu kerana kita akan melihat keadaan kuning dan putih telur secara visual. Telur segar akan mempunyai kuning telur yang masih kental, bentuknya bulat. Manakala keadaan kuning telur lama pula agak meleper dan agak cair (tidak berbentuk bulat ), kadang-kala ada yang melekat pada kulit telur. Perhatikan juga keadaan putih telur, jika warnanya keruh dan keadaannya agak melekit serta tidak cair ianya masih segar. Manakala jika warnanya agak jernih dan keadaannya cair maka ianya sudah lama.

3. HIDU AROMA TELUR

Telur yang sudah rosak akan mengeluarkan bau busuk atau dipanggil ‘Telur Tembelang’.

4. LIHAT TARIKH LUPUT TELUR

Kebanyakan telur yang dijual di pasaraya selalunya telah dibungkus dan ditandakan dengan tarikh luput sama ada pada bekas bungkusan Namun, jika anda membeli dari kedai runcit atau pasar borong mungkin telur tidak ada ditandakan dengan tarikh luput tapi anda boleh bertanya bilakah tarikh telur tersebut diterima oleh penjual tersebut. Sekurang-kurang tarikh itu dapat dijadikan rujukan kepada anda.

Ingat, keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita bersama.

Sumber dari Food Safety Malaysia.
Dr. Azila Mohd Kasim

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)