Siakap Keli

Topeng Muka Dipakai Semasa Wabak Covid-19 Bantu Polis Tahan Suspek Cabul Kanak-Kanak

Penemuan topeng muka yang dipakai sewaktu penularan wabak Covid-19 yang dibuang telah membantu polis untuk menangkap seorang lelaki yang dikehendaki kerana terlibat dengan kes kanak-kanak dicabul di California, lapor Daily Mail.

Suspek yang dipercayai melakukan jenayah tersebut telah ditangkap atas pertuduhan memperkosa secara paksa dan melakukan perbuatan cabul atau lucah kepada seorang kanak-kanak. Polis mendakwa telah mengumpulkan sampel DNA dari kanak-kanak yang telah diserang secara seksual 2 tahun yang lepas tetap tidak mengetahui identiti suspek.

Unit Jenayah Utama dan Jabatan Polis Kota King mula mengesyaki ada hubungannya kes tersebut dengan lelaki berkenaan. Polis telah memanggil lelaki berkenaan untuk disoal siasat.

Polis telah meminta lelaki terbabit untuk memakai topeng muka sepanjang soal siasat dijalankan bagi mematuhi langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19. Selepas disoal siasat polis mengambil topeng muka lelaki terbabit yang dibuang ke dalam tong sampah.

Namun, dilaporkan suspek juga telah mengaku bersalah atas tuduhan ketika disoal siasat oleh polis.

Sumber: dailymail

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa