Siakap Keli
Gambar Via Google

“Saya Jadi Gementar,” Warga Emas Bingung Terima ‘Pizza’ Dari ‘Pengirim Misteri’ Hampir Satu Dekad

Seorang warga emas berusia 65 tahun buntu kerana sering menerima pizza yang tidak pernah dipesan olehnya selama hampir satu dekad. Kadang-kadang pizza tersebut dihantar beberapa kali sehari.

Selama sembilan tahun, kesemua pizza tersebut akan dihantar di kediaman Jean Van Landeghem di Turnhout, wilayah Antwerp.

“Ia bermula sejak sembilan tahun yang lalu, tiba-tiba ada seorang penghantar pizza yang menyerahkan sejumlah besar pizza kepada saya tetapi saya tidak memesannya,” katanya.

Pada mulanya, dia menganggap bahawa penghantar tersebut tersalah alamat namun pesanan bagi pizza, kebab, pittas dan makanan lain yang tidak pernah dipesan berterusan sampai kepadanya.

“Ia boleh terjadi pada hari bekerja, hujung minggu dan bila-bila masa saja sepanjang hari bahkan pada pukul 2.00 pagi.

“Saya tidak boleh tidur lagi. Saya jadi gementar setiap kali mendengar skuter di jalan. Saya takut jika seseorang datang untuk menghantar pizza kepada saya lagi,” ujarnya lagi.

Dia telah beberapa kali membuat laporan kepada pihak polis namun masih tidak mengetahui siapakah ‘pengirim misteri’ yang sering mengganggunya.

Sumber: The Brussels Times

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa