Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kerajaan Benarkan KRT Gerakkan Rondaan Di Zon Hijau Bermula 20 Jun – Ismail Sabri

Kerajaan akan membenarkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk mengerakkan skim rondaan sukarela (SRS) di zon hijau bermula 20 Jun 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa, kebenaran fasa pertama ini bakal melibatkan 1,079 anggota SRS dan akan diperluaskan ke seluruh negara.

Menurutnya, peralatan secukupnya akan dibekalkan kepada anggota rondaan SRS sambil mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Kementerian Perpaduan Negara akan menyediakan peralatan seperti topeng muka, vest dan lampu picit untuk anggota rondaan SRS dan setiap rondaan tidak melebihi lima orang”, katanya.

Tambahnya lagi, semua anggota SRS diwajibkan untuk mendaftar dan memuat turun aplikasi MySejahtera.

“Mereka perlu memuat turun apps MySejahtera bagi membolehkan penilaian kesihatan mereka. Jadi SOP yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara mesti dipatuhi.

“Jika gagal, jika ada pelanggaran SOP, Kementerian Perpaduan Negara akan menarik balik kebenaran yang diberikan kepada KRT ni untuk meneruskan rondaan”, tegasnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa