Siakap Keli
Gambar: Kopi Panas

Berjaya Puasa Penuh 30 Hari, Ayah Buatkan Sijil Khas Untuk Anak Tanda Penghargaan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau dikenang zaman dahulu, berbagai cara mak ayah gunakan untuk disiplinkan kita supaya berpuasa. Ada yang dirotan, dileter, malah pasti ada antara kita yang pernah dikejar satu kampung gara-gara kantoi berbuka di tengah hari.

Apapun caranya, ia bertujuan untuk melatih kita sejak kecil untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini.

Seiring zaman, cara didikan mak ayah pun berubah. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi cara abangnya melatih anak saudaranya yang berusia 6 tahun untuk berpuasa.

Menurut Kopi Panas, abangnya memberi sijil penghargaan kepada anaknya yang berjaya menghabiskan puasa 30 hari.

“Abang aku buat sijil penghargaan kat anak dia sebab habiskan puasa 30 hari.”

“Tahniah kepada anakanda Hud Al-Fateh bin Danial kerana telah berpuasa selama 30 hari sekaligus berjaya menunaikan ibadah Rukun Islam yang ketiga pada tahun ini 2020/1441 H.”

Sijil berkenaan juga dilengkapi dengan tanda tangan dari ibu dan ayahnya sebagai tanda pengesahan.

Tahniah Hud!

Anda yang sudah bergelar ibu bapa  dan mempunyai anak yang mula belajar berpuasa, mungkin boleh menggunakan idea ini sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak anda.

Terdapat pelbagai contoh sijil yang ada di pasaran dan banyak dijual di platform e-dagang.

Contoh kertas sijil/Google

Hasil pencarian kami di platform e-dagang, anda boleh mendapatkan kertas sijil ini di LAZADA dan Shopee.

Contoh bingkai sijil/Google

Bingkai sijil juga boleh didapati di LAZADA dan Shopee.

Sumber: Kopi Panas

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.