Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kebenaran Solat Jemaah, Jumaat Dan Ibadah Haji Akan Diketahui Khamis Ini – Dr Zulkifli

Kerajaan akan mengumumkan kebenaran bagi melaksanakan solat jumaat, solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) pada Khamis ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, keputusan tersebut perlu diputuskan dengan mengambil kira ketertiban yang diamalkan di negara ini.

Jelas Dr Zulkifli, perbincangan khusus khusus diadakan dengan pihak berautoriti yang ada kena mengena dengan dasar yang ingin diputuskan.

”Dalam isu, satu kenyataan rasmi akan dikemukakan selewat-lewatnya pada Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk kemelut dan persoalan solat jemaah dan Jumaat kerana di Malaysia ada tertibnya sendiri.

”Kita buat perbincangan secara khusus dengan pihak berautoriti dan ada kena mengena dengan dasar yang ingin diputuskan. Insya-Allah pada Khamis ini kita akan umumkan,” katanya seperti memetik laporan Malaysia Gazette.

Selain itu, ujar beliau keputusan mengenai status ibadah haji pada tahun ini turut akan diumumkan pada Khamis ini.

Sumber: Malaysia Gazette

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.