Siakap Keli
FOTO:ALIFF ANWAR

Masa Ambil Gambar Tak Ada Apa, Kisah ‘Cahaya’ Misteri Tengah Jalan Tiba-Tiba Muncul Dalam Gambar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkara mistik sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan masyarakat kita. Mungkin ada yang tidak mempercayainya dan mungkin ada yang taksub dengan cerita-cerita seperti ini.

Tidak dinafikan, rata-rata orang Malaysia tidak lagi dengan kisah mistik yang berlaku dalam sekitar kehidupannya. Namun, ari ini SK ingin berkongsi pengalaman daripada seorang lelaki yang berkongsi gambar seakan-akan ‘penanggal’ di sebatang jalan gelap di Johor.

Perkongsian menarik ini daripada laman Facebook Aliff Anwar Mohd Roslan yang berkongsi pengalaman mistiknya di sebuah page Kelab Cerita Hantu Malaysia.

“Oklah ini untuk korang nilaikan. Aku terima sebarang penilaian. Sama ada dari segi mistik atau saintifik.”

Sekitar 3 atau 4 tahun lepas. Aku bawa mak aku pergi checkup di IJN, temujanji seawal 8 pagi. Aku gerak awal pagi bersama mak dan abah dari Batu Pahat melalui Jalan Kangkar Senangar-Pagoh untuk exit tol Pagoh. Aku bertolak seawal 4 a.m dan tiba untuk melalui jalan Pagoh sekitar 4.30-5am.

Sesiapa yang tau memang jalan Pagoh tu sunyi apatah lagi waktu seawal pagi. Ade juga bertembung kenderaan lain tupun nasib-nasiblah kalau waktu macam ni. Tapi aku beranikan diri je sebab nak kejar masa takut sampai-sampai KL jem pulak kat Sg Besi.

Gambar aku snap tu terlihat something yang aku pasti aku tak nampak masa gambar tu diambil.

Nak jadi kan cerita duk boring-boring drive tu aku sesaja snap picture jalan konon-konon nak buat status upload kat mana-mana socmed. Lepas snap tu aku terus simpan phone tanpa lihat semula ape yang aku snap sbb duk nak layan konar jalan pagoh. Jalan pagoh ni memang kene hati-hati sikit lagi-lagi waktu malam. Sebab selekoh, binatang lintas dan kadang ada pokok atau dahan melintang.

Berbalik pada gambar yang aku snap tadi, sampai je KL baru aku teringat dan aku tengok lah semula gambar tu. Kemain tekejut bila salah satu gambar aku snap tu terlihat something yang aku pastu aku tak nampak masa gambar tu diambil.

Terlihat seperti satu cahaya ditepi atau tengah jalan. Puas aku pikir cahaya apa sebab masa tu memang takde kenderaan lain depan aku. Pada pengamatan aku sendiri tu bukan pantulan dari kenderaan atau dari cahaya lampu rumah. Bila aku cuba zoom, sepertinya cahaya tu diselubungi something.

Aku hidangkan gambar tersebut untuk korang nilaikan. Aku tak kisah apa pun pendapat korang aku terima. Baik dari segi mistik.. Atau dari segi logik boleh mematahkn mistik.

 

Sumber: Aliff Anwar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang