Siakap Keli

Mulut Lembu Bunting Hampir Hancur Sepenuhnya, Dipercayai Diberi Makan Makanan Berisi Bahan Letupan

Selepas gajah menjadi mangsa di Kerala, kejadian serupa terjadi di daerah Himachal’s Jhandutta dimana seekor lembu yang sedang hamil pula menjadi mangsa kekejaman manusia apabila diberi makan adunan gandum berisi mercun.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 26 Mei dan menjadi tular di media sosial selepas satu lagi kejadian sama terjadi yang mengakibatkan kematian seekor gajah bunting yang menjadi kemarahan masyarakat seluruh dunia.

Satu video yang tular menunjukkan sebahagian mulut lembu tersebut telah hancur setelah memakan adunan gandum berisi mercun yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai ‘bom allu’.

Video itu telah dimuat naik oleh pemiliknya di laman sosial sehingga mendapat perhatian penduduk tempatan yang menuntut tindakan tegas terhadap dalang kejadian ini.

Polis Himachal Praadesh telah mendapat laporan daripada pemilik lembu tersebut dan kes ini didaftar dibawah Akta Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan.

Polis  beserta pasukan perubatan telah bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa keadaan lembu yang cedera parah itu.

Lembu tersebut terus diberi rawatan perubatan dan berjaya melahirkan anak lembu selepas beberapa hari.

“Pemilik lembu mempercayai jirannya yang telah memberi bola tepung gandum yang berisi bahan ledakan kepada lembunya dan dia tidak menyesal atas perbuatannya.”

Sumber mengatakan tertuduh ingin membunuh haiwan itu kerana telah memusnahkan tanaman mereka.

Sumber: newindianexpress.com animalhopeandwellness

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.