Siakap Keli
Gambar: Bernama

Polis Jangka Jumlah Kenderaan Bertambah Dari 12-14 Jun – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya pada 12-14 Jun ini.

Menurutnya, jalan dan lebuhraya utama di Malaysia pada semalam dan hari ini masih lagi lancar. Pun begitu, beliau memaklumkan pihak PDRM menjangkakan bahawa trafik akan bertambah pada hari Jumaat sehingga Ahad ekoran orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing.

“PDRM menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah pada hari Jumaat sehingga Ahad iaitu 12 sehinggga 14 Jun. Di mana, PDRM percaya orang ramai akan mengambil peluang balik ke kampung untuk berjumpa keluarga sempena bulan syawal”.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah dikeluarkan kerana telah pun diwartakan.

“Apabila singgah di RNR, penggunaan tandas, makan minum di RNR patuhilah setiap SOP yang dikeluarkan kerajaan kerana kesalahan melanggar SOP juga akan dikenakan tindakan oleh pihak polis, kerana PDRM akan mengawal di kawasan-kawasan seperti itu.

“Tidak sahaja mengawal di jalan raya tetapi akan mengawal di tempat awam dan sebagainya”, tegasnya.

Selain daripada itu juga, beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya.

“Saya dimaklumkan oleh PDRM, kemalangan maut telah pun mula bertambah. Kita nak balik kampung, nak berjumpa keluarga, jadi berhati-hatilah di jalan raya supaya sampai ke keluarga”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa