Siakap Keli

TERKINI: Sekolah Dibuka Semula Pada 24 Jun Untuk Murid Kelas Peperiksaan Awam

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah adalah mulai hari Rabu (24 Jun 2020), melibatkan murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa yang setara, kata Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut Dr Mohd Radzi,  ini membabitkan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM),  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.

Manakala, bagi murid lain, sesi persekolahan mereka akan dibuka secara berperingkat dan mereka akan meneruskan pembelajaran di rumah seperti biasa sehingga diberitahu.

Tambah Dr Mohd Radzi, jumlah kesemua murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa yang terlibat adalah seramai 500 ribu orang.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.