Siakap Keli
Gambar Via Google

(Video) Dron Berjaya Rakam Keindahan Ribuan Penyu Hijau Hiasi Permukaan Laut

Satu rakaman yang diambil dari udara memperlihatakan keindahan lautan yang dibanjiri dengan ribuan penyu hijau yang dipercayai sedang berkumpul di pinggir Great Barrier Reef Australia semasa musim bersarang.

Para saintis dari Jabatan Alam Sekitar dan Sains Kerajaan Queensland (DES) merakam video itu menggunakan drone di rookery penyu terbesar di dunia iaitu di Pulau Raine.

Pulau itu juga dipenuhi dengan terumbu karang yang tumbuh kira-kira 620 kilometer (385 batu) barat laut Cairns.

Dikenali sebagai penyu hijau kerana warna lemak dan tulang rawannya, penyu ini banyak ditemui di perairan subtropikal dan tropikal dan bermigrasi secara jarak jauh di antara tempat makan dan pantai.

Pulau Raine adalah rookery penyu terbesar yang tersisa di dunia namun para saintis menyedari bahawa haiwan tersebut tidak bereproduksi seperti yang diharapkan kerana ‘kebanjiran’ sarang dan kawasan yang tidak sesuai.

Bagi mengira jumlah penyu-penyu tersebut,  para penyelidik pada mulanya melukis jalur putih pada kerang penyu menggunakan cat yang tidak beracun semasa mereka semua berkumpul di pantai dan kemudian menunggu mereka kembali ke dalam air.

“Mencuba untuk mengira dengan tepat jumlah penyu yang dicat dan tidak dicat dari bot yang kecil dalam keadaan cuaca yang teruk sangat sukar.

“Apabila menggunakan drone, haiwan-haiwan itu boleh dikira dengan tepat, selamat dan mudah. Data juga akan disimpan secara terus dan kekal tersimpan,” kata saintis penyelidikan kanan dan pengarang utama, Dunstan.

Dengan menggunakan drone, pasukan itu mendedahkan bahawa sebanyak 64,000 penyu berenang di sekitar pulau yang menunggu untuk bertelur di darat.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa