Siakap Keli
Rumah Berhala Sri Veeramakaliamman di Lorong Ipoh dekat sini akan dibuka semula untuk orang ramai mulai esok - BERNAMA

PKPP: Kuil Di Pulau Pinang Dibuka Semula Esok

George Town: Rumah Berhala Sri Veeramakaliamman di Lorong Ipoh dekat sini, akan dibuka semula untuk orang ramai mulai esok.

Naib Presidennya S. Devaraj berkata permohonan untuk membuka semula kuil itu telah diserahkan ke Malaysia Hindu Sangam dan diluluskan dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) baharu.

Beliau berkata antara SOP yang perlu dipatuhi ialah penganut perlu memakai pelitup muka, menjalani pemeriksaan suhu badan dan menulis maklumat perhubungan sebelum memasuki rumah berhala itu.

“Bermula sekarang, kuil kami hanya dibuka pada Jumaat dan Sabtu dari 6.00 petang hingga 9.00 malam, sebelum ini ia dibuka pada 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 6.00 petang hingga 9.00 malam setiap hari,” katanya

Katanya, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah serta warga emas berumur 70 tahun ke atas dilarang memasuki kuil.

Devaraj berkata hanya 30 orang dibenarkan berada di dalam kuil pada satu-satu masa dan penganut lain perlu beratur di luar menunggu giliran mereka.

“Mereka juga tidak dibenarkan berada lama di dalam kuil, apa yang perlu dilakukan adalah masuk, berdoa dan keluar mengikut penunjuk yang ditanda supaya penganut lain mendapat giliran mereka pula,” katanya.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.