Siakap Keli

Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Setelah Sebilah Parang ‘Terpacak’ Di Kepalanya

Seorang lelaki di China telah dikejarkan ke hospital setelah sebilah parang pemotong daging ‘terpacak’ di kepalanya.

Memetik laporan media tempatan menerusi Daily Mail, individu berkenaan kini sedang menerima rawatan di hospital selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan parang tersebut.

Difahamkan, lelaki itu mendakwa dirinya diserang oleh sekumpulan individu dalam satu pergaduhan sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Chongyang, wilayah Hubei pada Isnin lalu.

Gambar: Agensi

Pihak doktor yang merawatnya berkata, dia telah selamat menjalani pembedahan dan kondisinya agak stabil.

Kes tersebut bagaimanapun sedang dalam siasatan pihak polis.

Gambar: Agensi

Anak panah tertembus badan

Dalam satu kejadian berasingan pada minggu lalu, seorang lagi lelaki didapati menuju ke hospital dengan sebatang anak panah tertusuk di badannya selepas didakwa terpanah dirinya sendiri ketika mengendalikan alatan tersebut.

Difahamkan, dia menjadi ‘mangsa’ tragedi tersebut dalam satu kejadian di Nanning, wilayah Guangxi pada Sabtu lalu.

Individu tersebut, Xiao Peng, hampir-hampir kehilangan nyawa apabial doktor mengesahkan tusukan anak panah itu hanya berjarak dua (2) inci sahaja daripada jantungnya.

Gambar: Agensi

Dia telah menjalani pembedahan dan dirawat di Hospital Umum Guangxi dan hasil pembedahan mendapati, tusukan anak panah itu menembusi bahagian paru-paru kiri serta turut merosakkan salah satu tulang rusuknya.

“Kecederaan ini sangat parah, namun dia sangat bernasib baik,” kata salah seorang doktor.

Gambar: Agensi
Gambar: Agensi

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.