Siakap Keli

Pelajar Tukar Nama Group Kelas ”Kami Tak Nak Homework”, Ada Yang Sampai ‘Left Group’ Buat Cikgu Kecewa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita bagi membendung penularan Covid-19, telah menyebabkan pelbagai perubahan besar berlaku dalan negara.

Antaranya, penutupan sekolah, kolej mahupun universiti yang digantikan dengan sistem pembelajaran secara dalam talian (online). Namun, ada pelajar yang tidak memberi kerjasama kepada guru dengan menunjukkan sikap mereka apabila enggan melakukan tugasan yang diberi.

Student abah tukar nama group kelas ”kami taknak homework”

Seperti perkongsian oleh Nasuha Azman yang tular di media sosial Twitter apabila dia memberitahu pelajar di dalam kelas bapanya telah menukar nama group WhatsApp kelas kepada nama ‘Kami taknak homework.’

Kata Nasuha, mereka perlu belajar bagaimana untuk menghormati orang lain dan tidak melakukan tindakan sedemikian, tambahan lagi kepada seorang guru.

Perkongsian tersebut telah mendapat 9.5 ribu ‘tanda suka’ dan 11.6 ribu ‘ulang kicau’ dalam tempoh 24 jam dimuat naik dengan rata-rata pengguna Twitter melauhkan rasa marah mereka akan tindakan biadap pelajar-pelajar berkenaan.

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter Anne dalam post berasingan turut berkongsi ‘screenshot’ gambar di mana sebilangan pelajar di dalam kelas ibunya telah meninggalkan group WhatsApp setelah ibunya memberi senarai tugasan yang perlu dilakukan oleh mereka.

Baca: Syurga Makanan Di Hujung Jari, Grab Tawar 900 Restoran Untuk Korang Pilih

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman ibu bapa mereka sebagai guru di dalam tempoh PKP ini yang mengalami nasib sama berdepan dengan pelajar yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada guru.

Maasa ‘online class’, pelajar mak ayah pun buat tak tahu 

‘Screenshot group’ dan tunjuk kepada ibu bapa mereka

Macam manalah budak sekolah lagi tapi boleh biadap macam tu?

Sumber: @NasuhaAzman_

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.