Siakap Keli

3 Cara Untuk Hilangkan Bau Mulut Kurang Enak Selepas Makan Petai

Apabila sebut petai, mesti akan terlintas di kepala gambaran lauk-lauk yang menyelerakan, seperti sambal petai, tempoyak petai, petai ulam dan sebagainya.

Kita pula dilahirkan dan membesar di Malaysia, jadi makanan berasaskan petai ini sudah kira sebagai menu wajib dalam pemakanan seharian.

Ada yang suka makan sebagai ulam, malah ada pula suka buat lauk.

Gambar sekadar hiasan.

Tapi, ada juga sesetengah individu yang tidak memakan petai kerana mereka beranggapan, petai ini baunya busuk.

Memang benar, petai berbau busuk dan bau itulah identiti aslinya.

Namun, tahukah anda, bau busuk petai sebenarnya boleh dihilangkan dengan secawan kopi?

Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi di laman Twitter mengenai khasiat petai dan cara menghilangkan bau busuk itu.

Petai atau nama saintifiknya Parkia Speciosa mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya.

Antaranya, ia mengandungi vitamin C yang berfungsi meningkatkan imun badan dan antioksida.

Ia juga mengandungi kalium untuk mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung.

Selain itu, bagi menghilangkan bau petai yang ‘melekat’ di dalam mulut, anda boleh mengambil air kopi, teh tanpa gula, berkumur dengan air garam atau mengunyah beras.

Semoga bermanfaat.

Sumber: KKM

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.