Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Mendebarkan, Dua Sekawan Cipta Rekod Dunia, ‘Meniti’ Tali Lepasi Gunung Berapi Aktif

Dua penggemar aktiviti ekstrim berjaya mencatatkan rekod dunia dengan berjalan di atas tali selebar satu inci melepasi satu gunung berapi yang aktif.

Alexander Schulz, 28, dari Jerman, dan Rafael Bridi, 33, dari Brazil, telah menyeberangi sebuah kawah gunung berapai Yasur yang terletak di Pulau Tanna, di Lautan Pasifik.

Gunung berapi tersebut adalah antara yang paling aktif berbanding gunung berapi lain dan dikatakan sukar diramal kerana selalu meletus.

Kedua-dua mereka telah berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness baru pada 15 April tahun ini ketika dunia sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

Mereka telah berkongsikan beberapa gambar menakjubkan yang menunjukkan api serta asap ketika mereka melintasi tali sepanjang 853 kaki (260 m) yang bukan hanya terpanjang, malahan tali yang pertama di pasang di atas gunung berapi yang aktif.

Mereka menyatakan bahawa bom lava – yang setinggi 400m dan beberapa ratus darjah kepanasan – serta asid sulfurik, yang boleh mengancam kerosakan kepada tali itu adalah antara kesukaran terbesar perlu mereka hadapai ketika melakukan aksi tersebut.

Alexander menyatakan: “Kami terpaksa berhadapan dengan tiupan angin kencang yang seakan ribut. Tak terfikir pun akan berjaya melaluinya dengan hanya sekali harung, makin lama difikirkan makin ia mendorong saya untuk lebih menghampiri ke bawah. Tak pernah saya begitu dekat dengan kekuasaan alam sebegini!

“Perasaan seakan benar-benar mengharapkan belas ihsan daripada alam mengingatkan saya tentang aksi sama yang dilakukan di Auvergne, dalam usaha untuk menyeberangi gunung berapi yang telah pupus semasa ditiup angin selaju 100 km/jam.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain menerima perasaan takut dan menumpukan perhatian pada pernafasan. Walau bagaimanapun, perbezaan terbesarnya adalah gunung berapi ini aktif, dan dibawahnya terdapat ancaman yang merbahaya”, ujarnya.

Maklumat kanjut serta gambar-gambar berkenaan pengembaraan mereka boleh ditemui di oneinchdreams.com/lavaline.

Dokumentari perjalanan mereka akan dikeluarkan pada musim luruh ini.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa