Siakap Keli

(Video) “Harap Pihak Sekolah Periksa Setiap Laci Meja,” Bomba Kongsi Semula Video Ular Dalam Kelas Sebagai Peringatan

Satu rakaman yang dikongsikan di media sosial tular memaparkan seekor ular sedang ditangkap oleh anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ular yang berada di dalam kelas itu juga dilihat mempunyai saiz yang agak besar.

Tidak dapat dipastikan di mana lokasi kejadian dan bila ianya berlaku, rakaman yang menyaksikan para anggota bomba menangkap ular tersebut telah dimuatnaik di dalam Facebook  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebentar tadi.

Menerusi rakaman tersebut, ular yang besar itu ditemui di bawah meja di dalam sebuah kelas dan anggota bomba dilihat sedang sedaya upaya untuk menangkapnya.

Disebabkan sekolah akan dibuka semula kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 pada 24 Jun ini, timbul juga kebimbangan mengenai kehadiran haiwan tersebut di dalam bangunan sekolah.

Sekolah dah nk buka..harap pihak sekolah periksa setiap laci meja murid takut ada yang menumpang.

Menerusi kapsyen yang diturunkan di halaman Facebook tersebut, pihak sekolah adalah dinasihatkan untuk memeriksa setiap laci meja sebelum sesi persekolahan dimulakan semula.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa