Siakap Keli

Abang Food Panda Dipercayai Gigih Hantar Makanan Guna Basikal Buat Netizen Terharu

Wabak Covid-19 yang melanda negara menyaksikan ramai yang kehilangan pekerjaan. Ada yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup dan terpaksa melakukan apa sahaja perkerjaan demi mencari rezeki yang halal.

Seperti sekeping gambar yang tular di media sosial di mana seorang lelaki dipercayai penghantar makanan sedang menaiki basikal.

Hantar makanan guna basikal

Dipercayai, dia sedang mengayuh basikal untuk menghantar pesanan makanan yang ditempah oleh pelanggan.

Perkongsian itu ternyata menimbulkan rasa simpati ramai netizen dan mendoakan supaya urusan lelaki tersebut dipermudahkan.

Semoga Allah memudahkan urusanmu

Janji rezeki halal

Ni yang kita nampak haritu

Sumber: Negeri Sembilan Kini

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.