Siakap Keli

Menangis Selalu Diejek Buruk & Cacat, Gadis Dedah Tragedi Muka Pernah Dijilat Api Hingga Wajah ‘Berubah’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang mengimpikan kehidupan yang sempurna. Malah, ada sesetengah yang bertuah dan bernasib baik dikurniakan dengan wajah yang tampan da n cantik. Namun, jangan lupa bahawa itu semua adalah pinjaman daripada Tuhan.

Sudah menjadi trend masa kini memuatnaik foto di media sosial yang memaparkan wajah cantik mereka walaupun realitinya adalah sebaliknya.

Kadang-kadang sehingga lupa dengan nasib orang lain yang terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan hidup. Seperti perkongsian daripada seorang gadis di laman Twitternya, Izyan Khalida mengenai dugaan terbesarya apabila diuji dengan kebakaran pada usia seawal tiga tahun.

“Sudah banyak kesedihan dalam hidup aku…”

Aku nak kongsi cerita tentang hidupku. Tentang perjalanan hidupku. Ya, aku mangsa kebakaran ketika berumur 3 tahun. Habis melecur separuh badan habis terbakar, muka ku belah kiri paling teruk.

Mak abah menangis kalau diceritakan semula tentang tragedi hitam tu. masa tu aku masih kecil. Aku duduk diayunan bawah rumah milik nenekku. Ayunan tu jelas-jelas koyak, dan ngam punggungku berlabuh diayunan koyak tu. 

Pakcik aku, mahu bakar sampah di bawah rumah tu, sebab bernyamuk tapi tidak menyedari akan kewujudan botol petrol berdekatan dengan api tersebut. Botol tu terkena api lalu meletup menimpa aku.

Cukup derita yang orang tua aku rasakan…

Mak meraung “ya Allah anakku…” abah pula lincah ambil aku lalu dipadamkannya api tersebut menggunakan bajunya. Mencari air, direndamkannya badan kecilku di dalam tong air yang paras airnya hingga buku lali.

Tidak cukup dengan itu, diambilnya kain basah dilapnya seluruh badanku. Mak tak mampu berbuat apa. Dia lemah, kaku, longlai. Abahku suruh telefon ambulans. Datangla ambulans bawa aku ke hospital.

Cukup derita yang orang tua aku rasakan. Kami bukan orang senang, kami ckup susah. Rumah kami kalau hujan, habis masuk dari zink-zink rumah. Cukup lama aku di tahan dalam wad. Berapa tahun aku balik jalani pembedahan plastik yang aku pun dak tahu apa perubahannya.

Berapa kali aku dengan mak aku turun naik klinik urus operasi pembedahanku. Sungguh sakit. Tapi aku yakin pasti ada hikmahnya. Kalau time aku umur 14 tahun, aku pandang cermin, aku menangis, demi Allah aku menangis. Aku dak mampu dengar ejekan orang lain, aku dak mampu dengar penghinaan orang lain.

“Cacat.. terbakar.. muka buruk.. Allah. Terngiang-ngiang suara dorang. Tapi Alhamdulillah aku masih boleh melihat mendengar dan bercakap seperti biasa.”

Kalau dulu habis UPSR aku takut masuk form 1 sebab mesti dorang tanya aku macam-macam. Mesti dorang pandang aku pelik. Aku heran sedangkan aku manusia biasa juga cuma berbeza wajah.

Aku hilang keyakinan diri. Aku jadi lemah. Aku hilang semangat. Aku malu berhadapan dengan orang lain. Sangat-sangat malu. Aku taip ni.. aku menangis. Aku sedih sangat.. kalau dulu aku macam mau tinggalkan dunia ni sebab aku tak sanggup hidup jadi aku..

Siapa sanggup hidup dengan muka yang cacat? muka yang dak normal? siapa sanggup? aku dak minta semua ni berlaku. Aku tak minta… aku keluar masuk hospital, jarum cucuk sna sini dalam badanku. Sedangkan bau dalam bilik bedah masih aku ingat. Sakitnya lepas pembedahan masih aku ingat.

Tapi aku tahu, besarnya ujian yang aku rasakan. psti ada orang lain yang lagi besar ujian dia rasa dari aku, ni lah aku sekarang.. Aku terpaksa berhadapan dengan semua orang guna muka ni…

Aku sentiasa ingatkan diriku untuk jadi kuat. Kuatlah.. jangan pernah putus asa. Allah kan ada.

Just want to let you know, bukan bahagian muka ja ya. tangan sebelah kiri teruk sangat. Sampai jari kelingking bengkok ya. Kaki sebelah kiri pun kena, separuh badan habis melecur. Telinga sebelah pun, kecil dan tak normal.

Sakitnya peritnya hanya Allah yang tahu. Berapa kali buat pembedahan di KK, berapa duit habis time ke sana, nasib tiket kapal terbang, hospital tanggung. Kami orang susah. Jadi belanja di sana, makan minum terpaksa minta bantuan dari orang ternama. Balik-balik jumpa doktor

Balik-balik jumpa pakar, tapi saya ada satu penyakit? Yang tangan saya selalu bergegar, padahal saya biasa ja pun, tapi selalu la. Orang selalu tegur, kalau saya dalam keadaan nervous, nampak teruk gegaran tangan saya tu. Saya tak tahu nak handle..

Sumber: Izyan Khalida

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang