Siakap Keli

“Semoga Terus Cemerlang,” Staf Pejabat Pendidikan Lawati Kampung Gadis Tular Jawab ‘Exam’ Atas Pokok

Kegigihan seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang berusaha untuk mendapatkan capaian internet di Kampung Sepatalang, Pitas bagi menjawab peperiksaan mendapat perhatian ramai.

Video yang memaparkan Veveonah memanjat pokok itu dimuatnaik sendiri olehnya di laman YouTube sehingga tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Terbaru, menerusi Facebook rasmi,  pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Pitas juga telah melawat Veveonah dan keluarga bagi melihat keadaan di kawasan tempat tinggal gadis tersebut.

Terbaik semangat adik veveonah dalam menghadapi situasi menjawab exam secara online, dalam keadaan kawasan yang tidak kuat capaian Internet.
Kg Sepatalang, Pitas, semoga adik veveonah akan terus cemerlang dan bersemangat..

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil, yang terletak berhampiran dengan Kampung Sapatalang di Pitas, Sabah, lapor Bernama.

Sumber: Pejabat Pendidikan Daerah Pitas

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa