Siakap Keli

(Video) Tak Sedar Pintu Tertutup, Wanita Dilaporkan Maut Tertusuk Kaca Lepas Terlanggar Pintu Kaca

Seorang wanita dilaporkan maut selepas secara tidak sengaja merempuh pintu kaca di sebuah bank di Perumbavoor, India.

Menurut Daily Mail, wanita tersebut meninggal dunia disebabkan kaca pada pintu itu menusuk perutnya.

Kamera pengawasan litar tertutup di cawangan bank Baroda itu berjaya merakamkan detik-detik cemas insiden terbabit.

Wanita berusia 46 tahun itu difahamkan ingin berurusan di kaunter bank terbabit sebelum secara tiba-tiba menoleh dan meluru ke arah pintu kaca itu setelah menyedari bahawa kunci skuter dibawanya tertinggal di luar.

Saksi kejadian menyatakan bahawa wanita tersebut tidak menyedari yang pintu kaca itu berada dalam keadaan tertutup sebelum merempuhnya.

Disebabkan itu, wanita tersebut telah pengsan di atas kaca yang berderai terbabit.

Wanita itu kemudiannya cuba untuk bangun dengan memegang pada bahagian perutnya sambil kesakitan.

Dia kelihatan terhuyung-hayang pada sebelah kiri pintu berkenaan sementara pelanggan bank yang lain cuba menghulurkan bantuan.

Dia kemudiannya dikerumuni oleh pelanggan bank tersebut dan telah dibawa ke tempat duduk berdekatan sebelum jatuh pengsan.

Tidak lama kemudian, pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian dan terus membawanya ke hospital berdekatan, tetapi ibu kepada dua orang anak itu tidak berjaya diselamatkan susulan daripada kecederaan yang dialaminya.

Seorang sumber tempatan menyatakan: “Setelah kira-kira empat minit, orang-orang di bank tersebut dilihat membawa wanita itu ke hospital dan seorang polis dilihat masuk ke dalam bank.

“Wanita itu, yang sedang pengsan telah dibawa keluar daripada bank tersebut.

“Menurut polis Perumbavoor, wanita terbabit telah dibawa ke Hospital Perumbavoor Taluk, namun telah disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Polis Perumbavoor telah mengklasifikasikan kes kematian itu sebagai mati mengejut.”

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa