Siakap Keli

“Dia Dah Meninggal Sebulan Lalu,” Kisah Wanita Hidap ‘Breast Cancer’ Tahap 4 Cari Ibu Susuan Bayi Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pertemuan di dunia ini sememangnya telah ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah SWT. Pastinya, pertemuan tersebut akan mencoretkan pelbagai rasa suka dan duka.

Walaupun terkadang kehadiran seseorang di dalam hidup hanya merupakan persinggahan yang sementara namun ia akan membekaskan sejuta memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh Nurul Amirah Hanim Umar menyingkap mengenai seorang insan yang ditakdirkan bertemu dengannya.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Nurul mengimbas kembali memori berkenalan dengan seorang ibu yang menghidap kanser payudara namun tetap gagah membawa anak di dalam kandungan sehingga bersalin.

Salam pagi jumaat.

Dah beberapa tahun berniaga young living ni, banyak sebenarnya memories yang yuyue tak pernah share. Subuh tadi yuyue teringat sangat seseorang ni. Pagi jumaat pulak tu. Syahdu je. Yuyue nak simpan kat sini sebagai kenangan, sebab terkesan sangat dekat hati ni.

Kisah ni agak panjang, boleh scroll gambar je if taknak baca.

Semuanya bermula 18.04.2018. Dekat korea lagi time ni. Yuyue panggil dia AH je la ye. AH pm, tanya few things pasal yl. Banykkk dia tanya and as usual yuyue jawab je slowly. Tapi dia tak beli pon, sekadar tanya.

4 months later, yuyue dah balek Malaysia. Dia cakap dah ready nak beli and dia nak focus dekat nak tackle stress issue. Sebab apa? Sebab Allah takdirkan dia insan yang terpilih untuk dapat ujian yang sangat berat untuk seorang perempuan, seorang yang berkerjaya mudaaa sangat lagi, untuk seorang isteri dan untuk seorang ibu muda pada anak 2 orang kecil kecil lagi. Breast cancer😭. Stage 4 to be exact.

 

So since then dia memang jadi regular customer yuyue. We met few times minum minum, pass eo and pernah jugak terserempak few times dekat seremban. Dia memang orang yang sangat bubbly. Senyum and positivee je. Those who know me sure tahu how ratu air mata i am. So memang kadang kadang looking at her smiling at me pon yuyue sebak. Sebak kenangkan betapa struggle dia nak face everything yang Allah duga dia. Dia memang suka eo and few other products young living. Her most fav eo is stress away! Berbotol botol jugak dia beli. Bila stock stress away takde, dia guna joy and geranium. Other than that selalu jugak yuyue follow up progress dia etc etc.

So fast forward to 2019. 30th aug 2019. A week plus lepas sarah lahir. Dia pm lepas nampak post labor story yuyue. Allahu dia ingat lagi yuyue pernah cerita kisah dengan sayf dulu. Tak habis kat situ. Ada hajat besar rupanya dia pm😭😭😭😭

Huhu. Sambil type ni pon dah bergenang air mata. Yuyue pon terkejut dengan hajat dia tu. 😢😢

Tak sanggup dah nak tulis. The whole story ended a month back. All the msg snapshots tell the whole story. Sampai harini pon memang selalu yuyue terfikirkan dia. Yuyue syukur Allah bagi jugak yuyue experience macam ni, buat kita berfikir dan lebih menghargai.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut sebak dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita tersebut. Seperti yang diceritakan, wanita itu sememangnya cekal dan kuat dalam mengharungi ujian yang dihadapinya.

Oleh itu, Nurul juga mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan arwah agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta anak-anaknya dapat membesar dengan baik.

Sumber: Nurul Amirah Hanim Umar

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa