Siakap Keli

Negara Asia Tenggara Dengan Kes Tertinggi, Tetapi Pakar Indonesia Dedah COVID-19 Disana Sebenarnya Masih Belum Mengganas

Virus Sars-Cov-2 atau Coronavirus yang merebak ke serata Indonesia diyakini belum bermutasi dan mengganas.

Pakar virologi di Universiti Udayan, Indonesia; Ngurah Mahardika berpendapat, tanda-tanda virus itu bermutasi belum lagi dapat dikesan.

“Data untuk meneliti virus memang masih terbatas.

“Namun, berdasarkan penelitian sementara dengan data yang ada, virus Corona d Indonesia tidak jauh berbeza dengan virus Corona di negara lain,” katanya dalam sesi dialog atas talian dengan Pasukan Khas Tangani COVID-19, semalam.

Menurutnya, virus tersebut di negaranya agak sudah sedikit berbeza daripada yang pertama kali muncul di luar China dan keadaannya sama seperti di negara lain.

“Tapi, secara fungsinya ia belum mengganas,” tambahnya.

Jelasnya, sekiranya terdapat negara lain sudah menemukan vaksin COVID-19, Ngurah turut meyakini bahawa vaksin tersebut juga boleh digunakan di Indonesia.

“Virus di Indonesia tidak unik.

“Wujudnya vaksin di mana-mana pun di dunia, pasti boleh dimanfaatkan juga di Indonesia,” ujarnya lagi.

Setakat hari ini, Indonesia mencatatkan 42,762 kes keseluruhan beserta, 2,339 kematian, menjadikannya sebagai negara mempunyai kes jangkitan tertinggi di Asia Tenggara.

Sumber: Kompas

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.