Siakap Keli

Pam Tandas Dengan Penutup Terbuka Mungkin Boleh Menyebarkan Koronavirus- KAJIAN

Orang ramai mungkin perlu berhati-hati ketika menggunakan tandas terutama sekali tandas awam kerana terdapat penemuan baharu kemungkinan penularan virus korona melalui penggunaan tandas.

Dalam sebuah artikel majalah penyelidikan yang diterbitkan oleh Physic Of Fluids, para saintis mengatakan virus itu mungkin dapat tersebar ketika pam tandas dengan penutup terbuka yang membentuk aerosol zarah yang membawa korona virus dan berpotensi menyebarkan jangkitan.

Para penyelidik mengingati orang ramai untuk menutup penutup mangkuk tandas semasa mengepam  bagi mengurangkan risiko penularan.

Mereka juga menasihati untuk membersihkan tempat duduk tandas  dan mencuci tangan dengan betul apabila selesai menggunakannya. Hal ini kerana ditakuti zarah virus masih beradi di butang pam tandas ataupun dipermukaan tandas yang lain.

Menerusi simulasi komputer, titisan air dan aerosol yang mengandungi zarah virus itu boleh bertebaran diseluruh kawasan tandas kerana pusaran semasa pam tandas ia mengeluarkan udara dari dalam mangkuk tandas sehingga ketinggian hampir 3 kaki.

Kajian dibuktikan virus COVID-19 ada di najis-najis pesakit. Oleh itu, jika seseorang yang menggunakan tandas tanpa mengetahui dirinya sudah terjangkit keperatusan untuk orang seterusnya yang menggunakan tandas dijangkiti adalah tinggi. Hal ini kerana zarah yang kecil ini mampu terapung di udara dalam beberapa minit.

Walaubagaimanapun, belum ada kes yang terjadi menerusi kajian ini. Langkah berhati-hati perlu dipraktikkan bagi mengurangi penularan virus COVID-19.

Sumber: The Star SkyNews

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.