Siakap Keli

Malaysia Akan Membuka Pintu Sempadan Antarabangsa Untuk Enam Negara Zon Hijau Ini – KKM

Malaysia akan membuka pintu sempadan antarabangsa kepada enam negara yang dikategorikan sebagai zon hijau.

Enam negara zon hijau tersebut melibatkan Singapura, Brunei, Australia, New Zealand , Jepun dan Korea Selatan, umum Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitter hari ini.

Bagaimanapun, perbincangan termasuk penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dengan negara-negara berkenaan masih di peringkat awal.

Mengimbas kembali, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan turut memberi kelonggaran untuk warga asing (merujuk golongan pakar) masuk ke negara ini melalui beberapa syarat.

“Antaranya adalah untuk ekspatriat (pakar) kategori EP1 atau yang mempunyai Professional Visit Pass dan Resident Pass Talent, (iaitu) yang melibatkan pengurusan tertinggi di sesebuah syarikat di negara kita.

“Mereka ini dibenarkan untuk masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

“Bagaimanapun, mereka tetap perlu menjalani saringan COVID-19 dan ujian swab di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Baca: Warga Asing Diberi Kelonggaran Masuk Ke Malaysia Tetapi Dengan Bersyarat – Ismail Sabri

Selain itu, dalam sidang media yang sama, Ismail turut menyatakan bahawa kemasukan warga asing bagi tujuan perubatan (medical tourism) juga turut dibenarkan secara bersyarat.

“Mereka juga kita benarkan masuk ke negara kita tanpa memohon kebenaran daripada pihak imigresen.

“Apa yang mereka perlu buat adalah hanya mendaftar kepada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

“Mereka perlu daftar dan selepas pendaftaran itu, mereka boleh masuk ke negara kita tanpa merujuk kepada Jabatan Imigresen lagi,” katanya.

Baca: Pelawat Asing Untuk Tujuan Perubatan Dibenarkan Masuk Malaysia Tetapi Bersyarat- Ismail Sabri

Sumber: KKM

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.