Siakap Keli

(Video) Insiden Misteri Gemparkan Penduduk Kampung Di Sumatera, Itik & Ayam Ditemui Mati Kekeringan Darah

Penduduk kampung Pargompulan, Tapanulis, Sumatera Utara dikejutkan dengan kematian misteri haiwan ternakan penduduk.

Haiwan ternakan yang dibela dalam pagar berduri seperti itik, ayam dan khinzir ditemui mati dalam keadaan kehilangan darah.

Khabar angin masyarakat mengatakan kewujudan mahkluk misteri yang menyebabkan kejadian ini terjadi. Sehingga Jumaat lalu, orang kampung telah manjaga kawasan kampung pada waktu malam selama 4 hari.

Salah seorang penduduk mendakwa ternakan yang mati dilihat seperti dimakan oleh makhluk liar kerana ada yang diserat dengan keadaan badan yang tekoyak dan luka di leher.

Tetapi haiwan seperti itik dan ayam ternakan hanya terdapat bekas gigitan luka di leher. Kesan darah juga tidak ditemui, hanya bangkai haiwan yang terbaring di dalam sangkar.

Menurut penduduk, makhluk misteri yang menjadi perbualan hangat penduduk adalah ‘homang’ atau ‘sigulambak’. Bagi masyarakat di Batak, ‘Homang’ dikategorikan sebagai haiwan yang dianggap mistik kerana badannya yang besar, berbulu dan gigi taring yang tajam beserta kuku panjang.

Terdapat penduduk berburu di hutan untuk mencari punca keapada kejadian ini dan mempercayai menemui tanda kewujudan ‘Homang’.

“Kami telah melihat makhluk ini sebanyak 3 kali pada jam 11 malam, 2 pagi dan pada 18 Jun lalu. Yang terakhir makhluk itu melompat menyeberangi sungai,” kata salah seorang penduduk.

Sumber: Tribunnews

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.