Siakap Keli

Foto-Foto & Video Gerhana Matahari Hari Ini Di Beberapa Buah Negara

Hari ini berlakunya fenomena Gerhana Matahari Separa yang boleh dilihat di beberapa negara di dunia.

Seperti sekarang, kita di Malaysia sedang menyaksikan fenomena tersebut yang telah bermula kira-kira sejak 2.30 petang tadi.

Difahamkan, kemuncak gerhananya adalah sekitar 3.55 petang.

Orang ramai masih lagi berkesempatan untuk mencerao gerhana secara langsung di Facebook FalakOnline dan Planetarium Negara.

Di bawah ini adalah keadaan gerhana yang dicerap dari Malaysia ketika pukul 3.40 petang.

Selain itu, berikut adalah kompilasi keadaan gerhana matahari  yang dirakam melalui teleskop di beberapa negara lain:

Gerhana Matahari Separa yang dicerap di India pada pukul 11.09 pagi tadi | Sumber: Indian Express
Di India.
Gerhana Matahari Separa yang dicerap dari Nepal pada waktu sekitar 10.52 pagi hingga 2.52 petang tadi | Sumber: ANI

Di bawah ini adalah cerapan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Berikut adalah kompilasi video yang dicerap di India, Pakistan dan UAE.

Sumber: FalakOnline, Indian Express, Twitter, Gulfnews

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'