Siakap Keli
surat cinta dulu-dulu
Gambar: Umaira Haris

“Merinduimu Adalah Derita Yang Bahagia…”, Anak Kongsi Surat Cinta Romantik Ibu & Ayahnya Buat Ramai Tersentuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika ada yang anak muda kita zaman kini terlepas, ia adalah fasa berbalas surat cinta. Surat cinta zaman dahulu mempunyai nilai sentimental tersendiri, salah satunya kerana setiap warkah adalah unik.

Boleh dipegang, dicium dan digenggam erat, ia adalah bukti cinta yang boleh dijadikan kenangan sehingga ke hari tua. Di sebalik sehelai kertas lusuh, adanya kenangan puluhun tahun yang tak dapat dibeli dengan harta.

Biarpun terpisah antara dua dunia, tiada apa yang dapat memisahkan mereka yang memiliki cinta sejati. Kagum dengan kisah cinta ibu dan ayah, seorang wanita berkongsi koleksi surat lama yang diutuskan antara kedua ibu bapanya suatu ketika dahulu.

“Terkadang, aku ada tertanya2 pada diriku sendiri, bagaimana ibu mampu hidup 21 tahun tanpa mencari pengganti ayah?

Tapi bila aku baca surat-surat ayah pada ibu…..,

Aku temui jawapannya. Kalau aku sendiri ditempat ibu, aku sanggup menunggu cinta hatiku, sehingga 1000 tahun lagi,” tulis Umaira Haris.

Umaira turut berkongsi kandungan surat ‘keramat’ tersebut yang menggambarkan betapa dalamnya cinta kedua-dua ibu bapa.

Perkongsiannya mendapat lebih 5 ribu tanda suka dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Merinduimu adalah derita yang bahagia, seksa yang indah”

Gambar: Umaira Haris
Gambar: Umaira Haris
Gambar: Umaira Haris
Gambar: Umaira Haris

Sumber: Umaira Haris

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.