Siakap Keli

Wanita Terkejut ‘Ditemani’ Ular Dalam Kereta Ketika Memandu Di Lebuhraya

Seorang wanita terkejut selepas menemukan seekor ular di bahagian bawah kaki di dalam keretanya ketika memandu di lebuhraya.

Jabatan Polis Eureka memberitahu, wanita berkenaan telah meminta pertolongan selepas dia mendapati seekor ular berada di bahagian bawah kaki tempat pemandu.

Wanita berkenaan telah meminta bantuan bagi mengeluarkan ular berkenaan kerana takut. “Polis Eureka sedang berusaha mengeluarkan ular dari kereta wanita berkenaan” katanya.

Wanita berkenaan sangat terkejut ketika melihat ular berkenaan berjalan ruang bahagian kaki pemandu. Kemudian, wanita berkenaan telah menjerit memanggil orang untuk membantunya. Keadaan ular itu berada betul-betul dibawah tikar di sebelah botol air soda.

Kira-kira jam 11:53 pagi, ular itu dapat dikeluarkan dari kereta wanita berkenaan. Seorang warga tempatan yang telah membantu memindahkan ular itu, telah membawa ular itu ke tempat yang lebih selamat.

Sumber: www.dailystar.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa