Siakap Keli

“Aku Tak Sangka Kau Datang Awie,” Mengalir Air Mata Pak Hamid Bila Awie Datang Ziarah

Pelakon dan pelawak veteran, Hamid Gurkha, tidak menyangka kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie bersama kumpulan Wings ke kediamannya.

Konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid itu disambut dengan linangan air mata oleh pelakon yang berusia 88 tahun itu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Instagram sayap2wings sebentar tadi.

Aku tak sangka kau dengan kawan-kawan kau datang Awie..

Suasana sebak menyelubungi ketibaan Dato’ Awie, Wings dan konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid Gurkha.

Namun suasana sebak kembali bertukar ceria apabila Pak Hamid dan Dato’ Awie berkongsi pengalaman manis mereka semasa penggambaran filem Zombie Kampung Pisang dan Antoo Fighter.

Pak Hamid popular dengan lakonan dalam banyak filem-filem komedi seperti Sikit Punya Gila dan Zombi Kampung Pisang. Sejak dari dulu lagi, lakonan Pak Hamid sentiasa buat kita tidak kering gusi menonton keletah beliau. Semoga Pak Hamid dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik disamping keluarga tercinta.

Sumber: Instagram sayap2wings

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.