Siakap Keli

‘Flight’ Balik Dibatalkan Akibat Covid-19, Lelaki Ini Berlayar Balik Kampung Seorang Diri Demi Ibu Ayah

Seorang lelaki Argentina telah menyelesaikan pengembaraan pelayaran dari Portugal ke Mar del Plata dalam usaha untuk bertemu kembali dengan ibu bapanya.

Juan Manuel Ballestero, 47, mengambil keputusan untuk berlayar ke kampung halamannya di Mar del Plata selepas penerbangannya dibatalkan berikutan krisis wabak koronavirus (Covid-19).

Ballestero berkata, dia berasa lega berjaya tiba ke destinasi dengan selamat selepas hampir 3 bulan berlayar seorang diri.

“Saya merancang mahu tiba di Argentina pada 15 Mei bagi menyambut ulang tahun kelahiran bapa, tetapi sebaliknya saya sampai di sini pada hari bapa,” katanya.

Walaupun sekarang dia sudah sampai ke destinasi yang ingin ditujuinya, tetapi dia masih tidak dapat mendekati ibu bapanya kerana dia perlu kuarantin di dalam perahunya selama 14 hari.

Sumber: Republicworld.com

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)