Siakap Keli
ibadah korban dibenarkan
Gambar: Bernama

TERKINI: Penganjuran Ibadah Korban Dibenarkan Di Wilayah Persekutuan, Tetapi Mengikut SOP- Menteri

Putrajaya, 24 Jun – Kerajaan membenarkan aktiviti korban di Wilayah Persekutuan mengikut prosedur operasi standard (SOP) digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, aktiviti berkenaan hanya dibenarkan dibenarkan di masjid, surau atau kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa agama sahaja.

“Kebenaran ini untuk Wilayah Persekutuan kerana negeri-negeri lain tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam mesyuarat khas menteri-menteri telah menyediakan SOP lengkap ibadat korban.

Tambahnya, negeri lain juga boleh mengikut SOP berkenaan jika melaksanakan aktiviti tersebut secara terbuka.

“Selain masjid, surau dan kawasan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa agama dan pbt, terdapat 28 rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta 31 buah rumah sembelihan ruminan swasta yang dilesenkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang kita benarkan untuk jadikan pusat sembelihan,” katanya.

Selain itu, penganjur perlu melaporkan aktiviti ibadah korban yang akan dijalankan kepada pejabat daerah terdekat, ujarnya.

Jelasnya, hanya 30 petugas dibenarkan untuk menguruskan satu sesi ibadah korban dari awal hingga selesai proses.

“Kapasiti kehadiran adalah 250 juga, seperti kapasiti kehadiran mana-mana aktiviti dibenarkan. Petugas dihadkan seekor lembu, tidak melebihi 30 orang petugas.

“Untuk menguruskan seekor lembu, tumbangkan lembu, sembelih, melapah, memotong, memasukkan ke dalam plastik dan mengedar daging kepada penerima 30 orang,” tambah beliau.

Bilangan lembu yang dikorbankan pula perlu bersesuaian dengan kawasan dan keupayaan petugas yang dilantik, katanya.

Tambah beliau, orang ramai perlu mengelakkan kawasan sesak, sempit dan sembang dekat.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah;

  • kaunter saringan suhu badan di pintu masuk
  • sanitasi tangan
  • rekod kehadiran
  • petugas dan hadirin tidak bergejala
  • tidak dibenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun
  • petugas dan hadirin perlu daftar MySejahtera atau rekod pada buku
  • penjarakan sosial 1 meter
  • perlu memakai penutup muka dan sarung tangan
  • digalakkan menggunakan sistem sangkar sembelihan

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.