Siakap Keli

Baru Lepas Sedekah ‘Mask’, ‘Abah’ Tak Sangka Dikurniakan Rezeki Berpeluang Solat Jumaat Berjemaah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Percaya atau tidak, hanya kerana bersedekah sehelai topeng muka, seorang insan bergelar ‘pakcik’ ini dikurniakan rezeki oleh Allah Taala peluang untuk menjadi jemaah solat Jumaat.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Mohd Said Mqms atau lebih mesra dengan gelaran ‘abah’ di group Facebook paling trending masa kini, Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI).

Sebenarnya, kisah ini sudah pun dikongsikan pada minggu lepas dalam SMAHI hingga mendapat lebih 9,000 likes serta hampir 600 komen daripada para suami dan bujang di sana.

Mungkin agak terkesan dengan inspirasi keajaiban bersedekah yang dialami sendiri oleh ‘abah’.

Jom baca dulu kisah di bawah ini:-

Gambar: SMAHI

KESAH BENAR HARI INI.

Kelam kabut abah masak hari ni sebab nama kata AJK surau tersenarai sembahyang Jumaat di masjid , jam 12.40 melalui arahan diberi jemaah dah tak boleh masuk masjid lagi.

Alhamdulillah, 12.30 abah sampai masjid.

Di hadapan masjid, ada seorang jemaah kelihatan risau, bila abah lalu depan dia, terus dengan sedih dia tanya “Ada mask lebih tak?”. Kebetulan abah bawak beg mengaji untuk bawa sejadah dan dalam tu ada 5 keping lagi mask. Terus abah bagi 1 sambil dia berkali-kali ucap terima kasih.

Abah lalui pemeriksaan suhu badan dan terus ke meja daftar serah kad pengenalan. Puas pegawai masjid periksa..nama abah tak ada. Abah rayu minta dibenarkan..katanya tak boleh sebab ikut senarai dah penuh.

Sedih dan keluar dari masjid sambil pujuk hati, mungkin Allah masih tak izinkan abah sembahyang jumaat lagi agaknya padahal abah dah tak berjemaah jumaat semenjak mula PKP.

Masa jalan nak ke motor untuk balik , bekas pengerusi masjid baru je sampai dan tegur abah serta tanya nak kemana. Abah ceritakan hal abah takda dalam senarai. Dia tegur abah kenape tak beritahu dia dan janji akan masukan nama abah minggu depan.

Bila abah sampai ke motor, dengar orang panggil nama dari arah masjid.

Bekas pengerusi masjid dari tempat daftar jerit kata ada kosong dan mari daftar. Laju abah ketempat daftar & ucapkan terima kasih pada dia dan pegawai yang kawal kehadiran. Syukur. Dapatlah berjemaah jumaat hari ini.

Banyak pengajaran untuk abah.

Adakah kerana sedekah mask tu abah dipermudahkan?

Bagaimana agaknya esok di Akhirat jika nama abah takda dalam senarai syurga, adakah ada yang tolong macam masuk masjid tadi?

Saja coretkan kesah benar abah alami…sambil tunggu apron merah SMAHI limited edition sampai. Manalah tahu alih-alih tengah malam ni sampai, kan semua kuasa dia.

Alhamdulillah, sungguh tidak sangka, kerana sehelai topeng muka, Allah balas dengan ganjaran solat Jumaat setelah tiga bulan ia ‘tertangguh’ kerana PKP.

Sumber: Mohd Said Mqms via Suami Masak Apa Hari Ini?

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'