Ditanya Perasaan Liverpool Muncul Juara, Jawapan ‘Win’ Dr Zulkifli Ini Tarik Perhatian Ramai

Seperti semua peminat-peminat bola sepak ketahui, Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasminya telah pun dimenangi oleh pasukan Liverpool awal pagi tadi.

Selepas 30 tahun pasukan tersebut ternanti-nantikan piala berprestij itu, pada musim ini mereka telah berjaya muncul sebagai juara salah satu liga bola sepak terbaik dunia itu.

Penantian pasukan tersebut menjuarai liga itu telah membuatkan media sosial pada hari ini kecoh dengan pelbagai reaksi-reaksi daripada kalangan peminat Liverpool.

Sebagaimana yang diketahui, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, merupakan salah seorang peminat Liverpool.

Seorang warganet di media sosial Twitter telah bertanyakan kepadanya berkenaan perasaannya apabila pasukan kegemarannya itu menjuarai liga tersebut.

Respon mesra yang dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah membuatkan ramai warganet terhibur.

Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan Liverpool. Walaupun pasukan lain tidak berjaya memenanginya kali ini, usah bersedih. Ini kerana, musim hadapan ada lagi.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my