Siakap Keli

Lapan Budak Dilaporkan Mati Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Untuk Selamatkan Rakan

Arus kuat yang berlaku di Sungai Fu China telah menyaksikan seorang kanak-kanak menghadapi masalah sebelum sekumpulan kanak-kanak lain cuba menyelamatkannya.

Sebelum kejadian mereka telah bermain di tepi tebing sungai dekat Chongqing di provinsi Sichuan, barat daya China.

Hasil siasatan awal mengatakan, hanya seorang sahaja mangsa yang telah terjatuh ke dalam air. Ketika melihat rakan mereka yang memerlukan bantuan. Ketujuh-tujuh mereka telah melompat ke dalam sungai untuk membantunya. Namun, kesemua mereka didapati mati lemas ketika misi menyelamatkan rakan mereka.

Kejaraan Perbandaran memberitahu, bahawa pihaknya membantu keluarga mangsa untuk menguruskan pengebumian kanak-kanak berkenaan. Sementara, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Mereka telah bermain di kawasan berkenaan tanpa pengawasan di sebuah empangan di kampung Tongjia sekitar jam 3:30 petang. Tambahan pula, bahagian sungai dimana tempat mereka terjatuh adalah selebar kira-kira 50 meter (164 kaki) dalam.

Sementara itu, lebih dari 200 orang penyelamat dikatakan telah mengambil bahagian dalam misi menyelamat mangsa-mangsa berkenaan.

Sumber: www.mirror.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa