Siakap Keli
Gambar: Lembaga Zakat Selangor

Hidap Kanser Payudara Tahap 4, Bapa 4 Orang Anak Ini Terima Bantuan LZS

Setiap orang mempunyai pelbagai ujiannya yang tersendiri. Ada yang diuji dengan kemewahan, ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan sakit dan bermacam-macam lagi.

Pun begitu, ujian-ujian tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dianggap sebagai bala dalam kehidupan. Ini kerana, ujian datang untuk memberikan pengajaran kepada kita supaya kita tahu bahawa diri kita sebenarnya kuat dan berkemampuan.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor, seorang bapa yang mempunyai empat orang anak telah diuji dengan penyakit kronik kanser payudara. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

UJIAN YANG TIDAK DISANGKA.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Seorang bapa, Md Fairul bin Ab Rahman yang menanggung empat orang anak telah disahkan mengidap penyakit kronik kanser payudara tahap 4.

Tugasan ketua keluarga terpaksa dipikul oleh isterinya bagi meneruskan kelangsungan hidup. Kos perubatan bulanan juga agak tinggi untuk merawat penyakitnya yang kini sudah mula merebak ke organ yang lain. Beliau sedang menunggu dari pihak hospital untuk rawatan seperti chemo dan rawatan-rawatan yang sewajarnya.

Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Ustaz Shahril Bin Ritin hari ini menziarahi beliau untuk menyampaikan bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

Semoga Allah memberikan kesembuhan dan menguatkan semangat beliau dalam menghadapi ujian ini.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa