Siakap Keli
Gambar Hiasan via Oneindia

Dipercayai Hendak Kahwin Lain, Suami Didakwa Tergamak Arah Pekerja Rogol Isteri Untuk ‘Buktikan’ Wanita Itu Curang

Seorang wanita berusia 21 tahun didakwa telah dirogol dan dibunuh di apartmennya di utara Kaherah adalah merupakan mangsa komplot suaminya yang ingin menceraikannya, kata polis memetik laporan Arab News.

Wanita yang juga merupakan pelajar kolej dan seorang ibu kepada bayi berusia sembilan bulan, telah ditemui mati di apartmennya di kampung Meet Antar di Ad Dakahlia, 130 km dari ibu kota.

Ketua polis Talkha, Gehad El-Sherbiny, menyatakan bahawa suami mangsa telah memberitahu kepada penyiasat bahawa ketika dia baru pulang dari tempat kerja, dia telah mendapati bahawa isterinya itu telah mati.

Walau bagaimanapun, kamera pengawasan di kawasan itu mendapati bahawa seseorang yang memakai niqab telah memasuki dan meninggalkan bangunan tersebut secara mencurigakan.

Menurut Arab News, polis kemudiannya berjaya mengenal pasti bahawa seseorang yang memakai niqab itu sebenarnya adalah salah seorang pekerja suami mangsa.

Ketika disoal siasat, pekerja suaminya itu kemudiannya mengaku bahawa dia telah membunuh mangsa di apartmennya, kata polis.

Penyiasat menyatakan bahawa defendan bekerja di sebuah kedai pakaian milik suami mangsa dan kedua-dua mereka dipercayai telah bersekongkol untuk melakukan ‘rancangan jahat’ itu, tambah laporan Arab News.

Menurut polis, motif kejadian itu didakwa berpunca gara-gara mangsa tidak mengizinkan suaminya itu berkahwin dengan wanita lain.

Suami kepada mangsa didakwa telah bersepakat dengan pekerjanya untuk memecah masuk apartment mereka dan seterusnya memperkosa isterinya dengan tujuan supaya mangsa dapat menceraikannya tanpa memberi pampasan dari segi kewangan.

Ini kerana, sekiranya kaum wanita didapati curang terhadap suaminya, wanita itu akan kehilangan haknya.

Walau bagaimanapun, mangsa tetap cuba melawan dan menjerit.

Suspek didakwa telah merogol dan mencekiknya sebelum melarikan diri, kata polis.

Kedua-dua suspek kini sedang berada di dalam tahanan bagi menunggu perbicaraan di mahkamah.

Sumber: Arab News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa