Siakap Keli
FOTO: ASROL ACHOI

Beli Sebiji Je Jadikan Sebagai Benih, Lelaki Ini Ajar Cara Tanam Biji Tembikai Kuning Sampai Tumbuh Hasil

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak terfikir untuk tanaman menyalar seperti buah tembikai memerlukan ruang tanah yang luas dan tanah yang lembap. Namun, siapa sangka rezeki seorang lelaki yang berkongsi di laman Facebooknya tentang tanam tembikai kuning hanya memerlukan tempat yang kecil dan sempit sahaja.

Lebih membanggakan, tanaman yang ditanamnya hidup subur malah hasil yang diberikan turuh berlipat kali ganda dengan modal yang sedikit untuk mendapatkannya.

Percaya atau tidak, lelaki ini hanya mendapatkan biji benih melalui buah yang dibelinya di sebuah pasaraya di Malaysia. Jadi apa lagi, meh sini SK nak tunjuk 8 step mudah untuk korang ikut.

Salam rakan-rakan semua. Saya tanam tembikai dalam kawasan laman rumah je.. sekadar mengisi masa terluang dengan bercucuk tanam.

Biji benih tu saya dapatkan di Aeon mall sahaja. Beli sebiji tembikai..ada biji benihnya.. ambil kemudian buat seperti step by step dalam gambar di bawah. Moga memberi mamfaat kepada semua.

1. Semai biji benih

Step ini menunjukkan cara asingkan biji tembikai ke dalam bekas berlapikkan dengan tisu.

2. Basuh dan bilas benih untuk dapatkan yang elok

3. Tapis dan letak pada tisu yang disediakan

4. Tutup dengan tisu dan basahkan tisu tersebut.

5. Selang dua hari untuk tambahkan air sedikit supaya tisu kekal basah.

6. Dalam beberapa hari, biji tembikai akan tumbuh tunas

7. Sediakan tapak semaian, seperti Asrul Achoi terpaksa korbankan lamat rumput carpet untuk dijadikan tempat semaian.

8. Buatkan lubang-lubang kecil dan tanam benih tadi.

Akhirnya, benih tembikai yang disemai dan ditanam dengan baik tadi keluarkan hasil yang berlipat kali gandaa kepada tuannya.

Sumber: Asrul Achoi/ Kelab Kaki Kebun

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang