Siakap Keli
Kredit: Google

8 Nasihat Untuk Anak Muda, Buat Pedoman Sebelum Nekad Beli Kereta Idaman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kereta menjadi salah satu kelengkapan yang memudahkan hidup biarpun ia bukanlah keperluan mendesak bagi semua orang.

Namun, pasti ramai yang ingin memiliki kereta idaman sendiri. Umum mengetahui ia merupakan satu liabiliti yang menarik keluar duit dari poket kita.

Jadi, bilakah masa sesuai untuk memiliki kereta idaman tanpa mengoyakkan poket anda?

Apa kata anda baca nasihat dari saudara Azizul Azli Ahmad ini sebelum membeli kereta.

Bila nak beli kereta idaman?

1. Semua orang ada impian beli kereta baru dan mahal, bukan lelaki sejati jika masih pakai V*** atau K*****.

Itu lelaki seksi.

2. Bina matlamat kewangan bila nak beli kereta idaman?. Jangan terus beli bila tamat pengajian ia akan jadi satu bebanan.

3. Jika kita baru tamat pengajian, bina impian beli kereta idaman pada usia 30-an.

Syaratnya kewangan mesti disusun dengan bijak dari sekarang.

4. Dalam tempoh itu bina aset dan pelaburan, biar ‘mereka’ bayarkan. Duit deviden, pendapatan pasif dan pendapatan sewa yang bayarkan

5. Beli kereta dan bayar setiap bulan itu biasa dan semua orang sedang lakukan.

Beli kereta tapi ‘orang lain’ bayarkan itu baru rupawan idaman.

6. Simpan impian beli kereta idaman terlalu awal. Kita bukan anak menteri yang boleh dapat kereta bila tamat pengajian nanti.

Papa kita juga bukan Mustapa Kamal yang ada holding company macam drama TV waktu petang petang.

7. Kita rakyat biasa yang ada impian kereta besar suatu hari nanti, tapi bukannya sekarang.

8. Kekal naik moto, axia, bezza atau kenari selagi matlamat belum tercapai.

Jangan segan yang penting gegadis kaunter ASB & Tabung Haji tahu kita ada simpanan yang sangat lumayan.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.