Siakap Keli

Pemandu, Dua Kelindan Maut Selepas Lori Dinaiki Langgar Treler

Foto: Bernama

JOHOR BAHRU, 1 Julai – Seorang pemandu lori dan dua kelindannya maut selepas kenderaan dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah treler di Km100.3, Lebuhraya PLUS arah selatan, berdekatan susur keluar Yong Peng Utara, awal hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamed berkata identiti pemandu lori jenis Hino itu belum dikenal pasti manakala dua kelindan berkenaan dikenali sebagai Edi Suherman dan Ujang Jamaludin, kedua-duanya berumur dalam lingkungan 20-an.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada 4.40 pagi tadi  dan dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian bagi operasi menyelamat.

“Setiba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori Hino yang melanggar bahagian belakang sebuah lori treler Tiong Nam,” katanya dalam kenyataan.

Zakaria berkata ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kenderaan mereka dan dikeluarkan oleh pihak bomba.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan yang berada di lokasi dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi berkenaan tamat pada 7.42 pagi tadi, katanya.

Tiga lelaki maut dalam kemalangan babitkan dua lori di KM100.3 Lebuhraya PLUS berdekatan susur keluar Yong Peng Selatan awal pagi ini – Bomba

Posted by Bernama TV on Tuesday, June 30, 2020

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.